Selasa, 10 Januari 2017

Kehidupan Dan Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yg boleh diandaikan disebalik jari anda yang lima. Cuba genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas serta laungkan 'ALLAHU AKBAR' sekuat-kuatnya, itulah rukun islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dala
m keadaan terbuka, renung dalam-dalam, 5 jari menandakan kewajipan solat 5 waktu jangan di abaikan..


JARI KELINGKING 

yang paling kecil,seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar, itulah fitrah insan dan seluruh alamnya, apa sahaja yang dilakukan mestilah bermula dari kecil, bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yg besar pada masa hadapan.

JARI
mANIS 
begitu juga dengan usia remaja, manisnya seperti jari yg comel mulus ini, apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira, pada ketika ini alam remaja menjengah diri, AWAS! di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan, hanya iman dan taqwa petunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini anda sudah baligh dan mukallaf, pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan rabbul jalil. Bersediakah Anda?!

JARI HANTU
zaman remaja ditinggalkan, alam dewasa menjengah tiba. di peringkat usia 25-30 an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh, namun anda perlu berhati-hati kerana di kala ini banyak hantu-hantu pengacau yang datang menggoda, hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi, kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan, justeru itu, amal ibadat perlu dilipat gandakan.

JARI TELUNJUK
jari inilah yg  mengungkap 1 dan esanya Allah s.w.t ketika solat, genggamkan semua jari dan keluarkan jari ini. gagahnya ia sebagai petunjuk arah,menjadi contoh dan tauladan. manusia yg berada di tahap ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yg kaya dengan idea bernas dan minda yg hebat.

AKHIR SEKALI IBU JARI
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang
membanggakan, tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara, kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuklah dulu pada yg lebih tua dan berpengalaman, itulah rahsia kejayaan anda..

mengapa dan bagaimanakah untuk aku tempuhi,
untuk aku menjalani satu dimensi.

di saat masa terus berputar, pada ketika kau bermaharajalela.
sandiwara sentiasa dipentaskan setiap masa.
apakah tidak aku belajar sesuatu sedangkan ini bukanlah sekali terjadi padaku?

fikiran karut diracuni ideologi yang hanya berpaksi pada duniawi.
minda reput membusuk dikuasai anasir keji.

aduhai sudahlah,
cukuplah tersesat oleh nikmat keduniaan.
bebaskan hati dari belenggu nafsu yg memusnahkan.
jangan hingga terlewat,
sekujur tubuh ini akan dikuburkan bila tiba saatnya.
roh dan jasad akan kembali semula pada pencipta.
kau dan aku akan mati.
insaflah sebelum terlambat..