Sabtu, 18 Ogos 2012

PERJALANAN DAKWAH..

1 SYAWAL (5:29 PG)

BISMILLAH...

memang benar, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..
imam hassan al-basri pernah berkata..sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah beerti aku yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas pada diri sendiri, seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah..maka akan jadi sikitlah orang yang akan memberi peringatan..

rasulullah s.a.w juga bersabda..
“sampaikanlah dariku walau hanya sepotong ayat”
sesungguhnya aku manusia tidak sempurna..kerana itu aku sampaikan dakwah kecil setakat yang aku tahu..pesanan yang aku tulis bukan kerana aku orang alim..ia hanya sekadar usaha supaya dikasihinya..jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini anda memang benar..itulah diri aku..
            


sebenarnya begitu banyak warna dalam perjalanan dakwah ini..ada yang tetap bertahan tapi juga tidak sedikit yang pergi meninggalkan..begitulah jalan dakwah..telah mengajarkan kita tentang iman..tentang pengorbanan dan keikhlasan..kadang-kadang kesal, lelah, jatuh..kadang suka namun tidak sedikit duka yang mengiringi langkah hingga mengeluarkan peluh dan air mata..tak kuasa rasanya untuk bertahan namun juga tak mungkin meninggalkannya..kadang hati bertanya..ya allah..bila kami dapat beristirehat dari jalan ini?..lalu allah menjawab..ketika kaki-kaki kalian memijak syurga, itulah pengistirehatan yang hakiki..



sesungguhnya kerja dakwah adalah tugasku..pemberi hidayah adalah kerja allah..apabila orang tidak berubah caraku mungkin tidak kena..orang tidak harus di
P
ersalahkan..apa yang penting putus asa tidak ada dalam diri..andainya keburukan dan kekurangan yang kita cari dalam diri seseorang maka amat-amat mustahil untuk kita nampak kebaikannya..tetapi jika kita bersedia menerima kekurangan seseorang, pasti kita akan nampak seluruh kebaikannya..kekurangannya diredhai..kelebihannya disyukuri dan janganlah mudah menghukum seseorang di atas kesilapannya..kelak, kita akan buta dengan kesilapan dan kekurangan diri kita..


sinar hidayah tetap akan hadir suatu hari nanti..tidakku pasti bila tiba waktu itu..mungkin bila aku dewasa..mungkin juga sekarang..aku tahu bahawa aku hanya hamba allah yang lemah..tapi aku tahu setiap manusia berhak terhadap hidayah itu..aku tidak kecewa jika orang kafir menyekat dakwah islam..tetapi aku sangat kecewa apabila umat islam sendiri yang menyekat dakwah islam..usahlah lena dalam mimpi dunia..bangkitlah duhai pemuda islam..bangkitlah berjuang..




Ahad, 5 Ogos 2012

belajar dari pengalaman..




                               assalamualaikum..



mungkin hari ini kita telahpun belajar sesuatu..dari titisan air mata kita belajar mengerti.. dari rasa khuatir kita belajar percaya..dari rasa kehilangan kita belajar menghargai..dari rasa bersalah kita belajar memaafkan..dari sebuah harapan kita belajar berjuang..dari sebuah perjuangan kita belajar berkorban dan dari sebuah pengorbanan kita belajar erti ketulusan..

aku?..
hari ini aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku..aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku..aku belajar untuk jadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi..tapi, sesuatu yang tak mampu aku pelajari iaitu harus belajar tersenyum disaat orang yang aku sayangi menyayangi orang lain..

memang..
selalunya apa yang kita nak sangat
itulah yang tidak akan kita perolehi..sebenarnya allah tidak memberi sesuatu pada kita kerana banyak sebab..dan salah satu sebabnya adalah kita tidak layak menerimanya..usah disoal pada allah..usah disalah pada orang lain..tapi lihat di dalam diri, sesungguhnya jika kita dapat apa yang kita hajati apakah akan terlaksana tanggungjawab ke atasnya?..
sesungguhnya..

ujian adalah tarbiyah dari allah..allah mengajar kita sesuatu di dalam setiap ujian yang diberikan.. mungkin tuhan mengizinkan kita disakiti agar esok kita tahu cara untuk mengubati orang yang terluka..tuhan membuat kita menangis agar esok kita mampu menghibur hati orang yang bersedih..tuhan menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya berdoa dan berusaha maka allah akan menjadikan segalanya indah pada waktunya..

perkenalan..,
mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa..dan mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata..sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberikan kita sejuta rasa iaitu marah, sedih, gembira, sayang, dan rindu..tapi sedarkah kita?..mengenali seseorang itu sebanarnya adalah satu anugerah biarpun hadirnya seketika dan sekadar teman berbicara..bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinya kita telahpun belajar mengenai sesuatu..
sebenarnya..
aku hanya ingin menjadi seseorang yang hadir dikala susah dan akan pergi saat kau telah bahagia..walau kehadiranku tak pernah kau sedari..walau kehadiranku tak pernah kau pinta.. walau kehadiranku tak dihargai oleh dirimu..walau mungkin kehadiranku tidak disenangi oleh orang yang kau sayangi..tapi percayalah..aku sekadar ingin menjadi seseorang yang tetap akan membantumu walau kata-katamu sering mengguris hati ini..ya..mungkin aku seorang yang tak tahu malu yang tetap ingin wujud dalam dirimu walau hakikatnya diri ini tidak pernah wujud lagi dihatimu..aku hanya sedang cuba menjadi diriku..seseorang yang hanya mampu tersenyum bila melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain..

namun..
aku percaya tentang satu perkara..kebahagiaan itu ada untuk mereka yang menangis, untuk mereka yang tersakiti, untuk mereka yang telah mencari dan untuk mereka yang telah mencuba..