Ahad, 22 Julai 2012

musafir kehidupan..



Assalamualaikum..


Manusia itu ibarat daun,jika tidak gugur ke tanah hari ini..suatu hari nanti pasti akan gugur juga..begitulah insan-insan yang kita sayang..umpama daun,mereka juga pasti satu hari nanti akan meninggalkan kita..yang kekal abadi ialah kasih dan cinta ALLAH kepada hambanya...namun,kita sebagai insan tidak salah untuk kita mengharap dicintai,mencintai serta disayangi kerana itu adalah fitrah..tetapi janganlah melampau-lampau mengharap sepertimana kata seorang pujangga "jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukuplah sekadar keperluanmu sahaja..apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..

  




Begitulah juga dengan kehidupan ini..ianya adalah satu perjalanan yang panjang..akan ada suatu ketika kita melalui sebuah terowong yang gelap lagi sunyi, di dalamnya terdapat suara-suara yang mahu bantu kita untuk keluar dari setiap kesulitan..ada antara suara itu memanggil-manggil,berteriak,dan tidak kurang juga yang menasihati..tapi awaslah, selalunya di sinilah kita sebagai insan akan melakukan kesilapan..pilihan yang akhirnya memakan diri..belajarlah dari pengalaman kerana pengalaman adalah ilmu yang berguna ketika kita mahu membuat pilihan.. manfaatkanlah ilmu yang kita ada sebaiknya kerana ilmu itu seumpama payung,ia tidak berguna jika tidak dibuka..memang benar, payung tidak boleh menghentikan hujan, tetapi dengan adanya payung kita dapat merentasi hujan untuk sampai ke destinasi yang ditujui..insyaallah..   

sedar atau tidak setiap dari kita memang ada takrifan sendiri mengenai hidup..ada yang cakap hidup umpama roda, kadang-kadang kat atas kadang-kadang kembali ke bawah..ada yang kata hidup ni umpama pentas lakonan,kita boleh jadi hero,boleh jadi juga kitalah penjahatnya..namun bagi saya, kita perlu ibaratkan hidup ini seperti berada di medan perang..kita perlu sentiasa bersedia kerana kita takkan pernah jangka bila peperangan akan bermula..di sinilah pentingnya ada ilmu didada, perlu ada ketabahan dan iman yang kental, perlu ada jiwa dan naluri yang mampu menangkis setiap ancaman, perlu ada segala-galanya..bilamana berbicara soal hidup ianya tidak pernah tamat..sentiasa akan ada permulaannya namun sukar sekali mencari penamatnya..takpelah..yang penting kita tahu bahawa hidup bukan bermakna hanya hari ini, bukan juga ketika ini, tapi selagi kita bernyawa.. 
kembara hidup ini bukanlah sebuah novel..bukan juga sekarya cerpen yang mampu diubah dan di olah jalan ceritanya..ia juga bukan serangkap puisi indah yang boleh diselitkan jawapan pada setiap persoalan..tetapi ini adalah kembara realiti di mana kita akan terasa peritnya jika tersalah langkah..ini adalah kembara yang akan menentukan hala tuju kita di dunia ini, kembara realiti ini jugalah yang akan menentukan kebahagiaan kita di akhirat..carilah kemanisan dalam hidup kita sendiri dan berbahagialah kerana dunia ini dicipta bukan sekadar untuk membuat kita menangis..

semalam adalah sejarah yang perlu disimpan, hari ini pula penentu realiti manakala esok suatu yang misteri..jika jatuh berdiri lagi..jika kalah mencuba lagi..jika gagal bangunlah lagi sampai ALLAH memanggil waktunya kembali..


Selasa, 17 Julai 2012

kita insan biasa...



Assalamualaikum...

Kita pernah disakiti dan mungkin juga pernah menyakiti..

tetapi di situ kita belajar tentang bagaimana cara menghargai,menerima,berkorban dan memperhatikan..
kita pernah ditipu dan mungkin juga pernah menipu..
tapi dari situ kita belajar tentang erti kejujuran..
andai kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini,
mungkin kita tidak pernah belajar meminta maaf dan memberi maaf..


Insan sempurna bukanlah mereka yang tidak pernah melakukan kesalahan..tetapi insan sempurna adalah mereka yang menyedari sedang melakukan kesalahan lalu berusaha untuk perbaiki diri..




Dalam kehidupan ini,


kita perlu belajar melakukan yang benar dan betul buat pertama kali kerana itulah yang terbaik..tetapi jika tidakpun usahalah membetulkannya buat kali yang kedua,ketiga dan seterusnya.. jangan pernah berasa jemu dan putus asa untuk cuba melakukan yang terbaik kerana kata bijak pandai,kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali..




Benar..kita ini cuma manusia biasa..kadang-kadang diri ini terpesong juga..sesungguhnya diri ini tidaklah sempurna,kau pun tidak sempurna..jadi sama-samalah kita menegur andai ada khilaf diantara kita..biarlah ketidaksempurnaanku menjadi pelengkap pada ketidaksempurnaanmu hingga kita akan sempurna meskipun hanya bagi kita berdua..biarlah ALLAH yang MAHA SEMPURNA yang berhak menilai kesempurnaan kita sebagai hambaNYA..



Setiap amalan dan perbuatan kita bermula dengan niat..sesungguhnya niat itu mengikat hati kita dengan allah..diri ini terkadang terbabas juga..
maka tegurlah..bukan menghukum..


sayangilah..bukan memfitnah..


maafkanlah..bukan membenci..


mudahkankanlah..bukan menyusahkan..


Kita sering mengungkapkan kata "sedangkan nabi ampunkan ummat"
namun kita bukanlah sezuhud baginda dalam meniti liku dunia..
ungkapan maaf itu jadi indah bila ia ikhlas.. memberi maaf juga akan jadi indah seandainya kita redha atas kesakitan dan kekecewaan yang diterima..
percayalah..hati yang terluka akan sembuh apabila diganti dengan kasih sayang..carilah kasih sayang dalam diri kita ini dan fahamilah kasih sayang ALLAH terhadap diri kita..insyaallah kita akan jadi seorang insan biasa yang sentiasa inginkan perubahan dalam kehidupan hingga kita dipandang luar biasa..WALLAHU'AKLAM..