1 SYAWAL (5:29 PG)
BISMILLAH...
memang benar, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..
imam hassan al-basri pernah berkata..sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah beerti aku yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas pada diri sendiri, seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah..maka akan jadi sikitlah orang yang akan memberi peringatan..
rasulullah s.a.w juga bersabda..
“sampaikanlah dariku walau hanya sepotong ayat”
sesungguhnya aku manusia tidak sempurna..kerana itu aku sampaikan dakwah kecil setakat yang aku tahu..pesanan yang aku tulis bukan kerana aku orang alim..ia hanya sekadar usaha supaya dikasihinya..jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini anda memang benar..itulah diri aku..

sebenarnya begitu banyak warna dalam perjalanan dakwah ini..ada yang tetap bertahan tapi juga tidak sedikit yang pergi meninggalkan..begitulah jalan dakwah..telah mengajarkan kita tentang iman..tentang pengorbanan dan keikhlasan..kadang-kadang kesal, lelah, jatuh..kadang suka namun tidak sedikit duka yang mengiringi langkah hingga mengeluarkan peluh dan air mata..tak kuasa rasanya untuk bertahan namun juga tak mungkin meninggalkannya..kadang hati bertanya..ya allah..bila kami dapat beristirehat dari jalan ini?..lalu allah menjawab..ketika kaki-kaki kalian memijak syurga, itulah pengistirehatan yang hakiki..

sesungguhnya kerja dakwah adalah tugasku..pemberi hidayah adalah kerja allah..apabila orang tidak berubah caraku mungkin tidak kena..orang tidak harus diPersalahkan..apa yang penting putus asa tidak ada dalam diri..andainya keburukan dan kekurangan yang kita cari dalam diri seseorang maka amat-amat mustahil untuk kita nampak kebaikannya..tetapi jika kita bersedia menerima kekurangan seseorang, pasti kita akan nampak seluruh kebaikannya..kekurangannya diredhai..kelebihannya disyukuri dan janganlah mudah menghukum seseorang di atas kesilapannya..kelak, kita akan buta dengan kesilapan dan kekurangan diri kita..
sinar hidayah tetap akan hadir suatu hari nanti..tidakku pasti bila tiba waktu itu..mungkin bila aku dewasa..mungkin juga sekarang..aku tahu bahawa aku hanya hamba allah yang lemah..tapi aku tahu setiap manusia berhak terhadap hidayah itu..aku tidak kecewa jika orang kafir menyekat dakwah islam..tetapi aku sangat kecewa apabila umat islam sendiri yang menyekat dakwah islam..usahlah lena dalam mimpi dunia..bangkitlah duhai pemuda islam..bangkitlah berjuang..